May 5, 2011

Tengok Salah Nak Tolong Pon Salah

Itulah kata2 yang selalu bermain di fikiran seseorang apabila nak menolong dan tengok ketika ada musibah contoh accident.. Ramai Akan berkata itu lah ini lah tentang kita.. Betollah kata pepatah rambut same warna hati lain2.. katakanlah seorang rakan kita ada masalah yang kita tahu nak buat apa.. sebab mungkin ada pengalaman.. apekah langkah yang korang ambil?

1)Tengok pastu cakap2 skit dan blah?
2)Tolong dan bagi cadangan skit2.?

pilih antara jawapan tersebut.. setiap jawapan mesti ada orang mengata.

1) Tengok pastu cakap2 skit dan blah..
orang berkata : apelah, camtu je bla.. bukan nak tolong ke ape..
orang berkata : memang manusia takde perasaan betol la dia nih..
orang berkata : kalau awek sendiri laju je tolong kalau kawan tengok bla je kan..
orang berkata : pergh.. tengok je..
orang berkata : kalau tengok je baik takpayah.. bukan nak tolong..
orang berkata : Ni manusia ke tak die nih..

lihat kata2 indah itu.. kita salah nampaknya..

2) Tolong dan bagi cadangan skit2
orang berkata : Eleh macam reti je nak tolong orang.. sendiri pon orang buatkan..
orang berkata : Takyah bajet hebat lah.. kau bukan reti pon..
orang berkata : Tolong ke tak tolong same je...
orang berkata : Kalau camni lah baik tak payah tolong..
orang berkata : Belagak lah tu nak tunjuk depan awek..
orang berkata : kalau perempuan laju je nak tolong..

lihat kata indah di atas.. kita masih salah nampaknya...

aku tak kate aku perfect.. aku pon kadang2 macam tu..ade gak telepas kata2 indah tu.. maklom la manusia mane lari dari lakukan kesalahan.. haha tapi cube kita bermuhasabah diri cube bayangkan jika tiada langsung orang ambil peduli tentang kita suatu hari nanti.. sadiskan.. bagi aku tengok ke tolong ke kedua2nya okay sebab at least ambil kesah juga pada sekeliling dari buat macam tiada ape2 berlaku... mana tau suatu hari jadi pada kita.. orang yang kita tolong akan tolong kita pula.. dunia ini penoh dengan karma.. hehe kalau tak boleh tolong kita tengok je.. tapi nak tolong tu kene tengok jugak jangan lah kawan tu ajak pukul orang kau nak pergi tolong.. tak baik kot.. hehe

Jadi pilihlah mana yang betol.. biarlah orang ingin mengata.. mulut manusia tidak akan berhenti mengata sehinggalah mereka penat berkata-kata.. yang salah perbetulkan yang betul perkuatkan

sekian.. peace~!

2 comments:

Umi Asura Sanusi said...

"tengok salah nak tolong pon salah"..sokong2.

YusnurYunus said...

Bagos2.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...