Feb 1, 2011

Adik Beradik

Apa itu adik beradik??
Bagi aku adik beradik adalah hubungan yang terbina dari ibu dan bapa.. senang cite sebuah hubungan dalam sesebuah famili.. Kenapa aku bercerita mengenai adik beradik ini kerana adik beradik adalah sesuatu yang tempat untuk beduka dan begembira selain dari kawan dan ibu bapa..

Apa perbezaan rakan dan adik beradik?
Bagi aku perbezaannye senang adik beradik akan bersame kite dari awal kite hidup sampai la tiade.. rakan pule kadang2 bersame kite kadang2 mengikut haluan sendiri.. adik beradik tetap manakala rakan kadang2 tetapnya..

Pernah tak gadoh dengan abang / kakak/ adik?
Bagi aku pergaduhan di dalam keluarga adalah biasa kerana semua di dunia tidak lah 'perfect' jadi dengan adik beradik nih kite kire lebih kurang je la maksud aku kena ade toleransi iaitu mesti ade yang mengalah.. Bergadoh mane pon kite air yang dicincang tidak akan putus.. itulah kehebatan adik beradik yang sebenar.. yang tua menghormati yang muda tapi yang tua melakukan kesalahan hendaklah dibetulkan.. yang tua pula hendaklah terima dengan hati yang terbuka..

Apakah perasaan ibu bapa melihat anaknya bergadoh??
perasaan mereka semestinya bersedih.. bayangkan lah anak-anak meraka dibesarkan sama makanannya sama hasil titik pelohnya tetapi apabila besar mereka tidak lagi bersame.. masing2 dengan haluan sendiri.. sedih mereka tidak dapat melihat anak2 nya berkumpol bersama dalam satu rumah.. ape boleh buat hanya bersedih dan menunggu masa melihat anak2nya kembali bersatu..huhu

Pernah tengok cerita korea??
Kenape Korea? ape yang aku tengok cerita korea kebanyakannya banyak mengisarkan mengenai kekeluargaan.. bagos jika dibandingkan dengan cerita2 melayu atau indonesia..tak hairanlah ramai meminati korea.. cube korang usha cerite 1st wife club.. cerite ni aku rase bagos untuk keluarga kerana kita boleh tengok walaupon keluarga nye tunggang langgang dengan perangai abang, adik , dan kakak yang berbeza tetapi bile sesuatu berlaku pada salah sorang dari mereka kesemua akan merasai nya bak kata pepatah cubit peha kiri peha kanan terase.. itulah kebaikan nya..

okay kawan2 itulah die sedikit sebanyak aku nak share mengenai adik beradik.. dah macam motivasi pon ade.. haha.. pape pon ingat lah pesanan saye.. keluarga adalah penyeri hidup tanpe keluarga kita tidak dapat kepuasan hidup yang sebenar.. tq..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...